a. Barrel swivel
Ini adalah jenis yang paling popular digunakan oleh para pemancing. Terdapat 2 (dua) jenis bagi swivel jenis ini iaitu dari jenis lurus (“straight”) dan dari jenis “twisted eye”. Swivel jenis ini boleh didapati dalam warna kilauan (Chrome), loyang (brass) atau hitam. Jenis ini adalah murah, walau bagaimana pun ianya tidak begitu sesuai sekiranya digunakan untuk menunda (trolling) atau untuk bertarung dengan ikan yang berat dan besar. Ini disebabkan ianya mungkin lurus dipenjilidan (binding) disebabkan tekanan .
Barrel Swivel amat bersesuaian untuk kegunaan memancing dasar, “bottom” atau pun “casting” untuk ikan yang sederhana besarnya.

 

b. Ball bearing swivel
Jenis ini adalah yang paling kuat sekali dan amat bersesuaian untuk kegunaan bagi menunda (Trolling) dan memancing ikan yang besar dan ganas. Terdapat dalam 2 warna iaitu hitam dan kilauan (chrome). Harganya lebih kurang 3-4 kali ganda dari jenis ‘barrel swivel’. Swivel ini mempunyai kacang kacang (ball bearing) didalamnya dan akan berputar dengan baik.

 

c. Chain swivel

Jenis ini adalah amat sesuai untuk menunda (trolling) dan mempunyai rangkaian ‘barrel’ untuk menentukan bahawa ia akan berputar apabila digunakan.
Swivel jenis ini boleh didapati dalam warna kilauan (Chrome), loyang (brass) atau hitam. Ianya tidak begitu sesuai digunakan untuk pancing dasar oleh sebab kemungkinan tali pancing terserat padanya .

 

d.Three-way swivel

Jenis ini adalah diperbuat dari loyang (brass) dan mempunyai 3 (tiga) simpulan yang diikat pada cincin pada jarak yang sama. Kegunaan simpulan ini adalah untuk memisahkan umpan dari batu pemberat . ‘Swivel dari jenis ini amat lemah sekali dan selalunya tigak berputar yang mengakibatkan tali akan berbelit. Ianya selalu digunakan untuk memancing di dasar.

Pengunaan dan Penjagaan

Seperti setiap alat memancing, ‘swivel’ boleh mengakibatkan masaalah seperti ianya akan patah atau tidak berputar sebagaimana yang ia perlu dilakukan. Pengunaan ‘swivel’ yang murah serta tidak bersesuaian akan mengakibat kita kehilangan ikan yang diidamkan atau kerugian wang kerana tali pancing kita telah rosak. Tentukan kekuatan ‘swivel’ adalah lebih berat dari kekuatan tali pancing.
Penjagaan ‘swivel’ juga amat penting, selalu basuh ‘swivel’ dengan air bersih selepas memancing di laut. Terutamanya bagi ‘swivel’ dari jenis ‘ball bearing’.
Tentukan ikatan tali pada ‘swivel’ berada pada cincin ‘swivel’ dan tidak membelit pada badannya kerana ini akan menghindarkan putaran ‘swivel’ tersebut.
Bagi saya, saya lebih suka mengunakan ‘swivel’ yang berwarna gelap untuk menghindarkan ikan menggigit atau menyambar ‘swivel’ yang berkilau .